live with honor die with dignity

It breaks your heart to see the one you love, happy with someone else. But it is even more painful to know that the one you love is unhappy with you.Nothing is more painful than knowing she meant everything to you and you meant nothing to her.

Tuesday, May 8, 2012


"Jay, ayah kawan kita meninggal.."

Kata-kata kawan saya begitu mengejutkan saya sebentar tadi...

"Series? Bila? Kawan kita tu di mana sekarang? Dia ok?"

Saya memberikan soalan bertubi-tubi..

"Kawan kita tu masih di tempat kerja. Sekejap lagi dia pulang. Dia nangis masa telefon saya tadi.."

Tidak lama, kawan kami tu sampai. Esakannya masih belum reda. 

Fikiran saya berkecamuk. Antara hendak memujuk kawan saya tu atau tidak. Dalam masa yang sama, saya teringat ayah di kampung. Saya cepat-cepat mengira umur ayah tahun ini. Sudah mencecah 68 tahun.

"Ayah sihat?' saya menghantar sms kepada adik.

"Alhamdulillah..sihat," adik membalas ringkas.

Lega rasa di hati. 

Fikiran saya melayang jauh. Saya terkenangkan layanan saya terhadap ayah selama ini. Dalam semua jenis masalah, saya lebih suka meluah dengan mak berbanding ayah. Seumur hidup saya, saya tidak pernah meluah perasaan dengan ayah.

Tapi tidak bermakna, saya tidak mengambil peduli hal ayah. Saya setkan dalam diri, sibuk macamana pun saya mesti selalu telefon ayah.

Mungkin sudah menjadi kebiasaan, majoriti daripada anak-anak lebih rapat dengan mak berbanding ayah. Betul kan?

Saya teringat cerita seorang kenalan. Cerita dia dengan ayahnya. Kenalan saya ni merupakan orang "besar" di sebuah insitusi di negeri Sabah.

"Saya ni tidak rapat dengan ayah. Saya sangat jarang berhubung dengan ayah saya. Ketika saya berada di rumah, saya sangat jarang berbual dengan ayah. Saya tidak tahu kenapa tapi, saya terasa segan.." ujar kenalan saya tu panjang lebar..

"Hubungan tuan dengan ibu pula macamana?"

"Hubungan saya dengan ibu OK..Saya sangat rapat dengan ibu.."

Perbualan kami berlangsung agak lama, berkisar hal hubungan anak dengan ibu bapa.

"Saya sangat menyesal tidak rapat dengan ayah ketika dia masih hidup. Sehingga hari ini saya rasa sangat bersalah dengan ayah" 

"Kenapa?" saya cuba bertanya.

"Dulu masa saya masih belajar, dialah orang paling bersemangat mahu melihat saya berjaya. Walaupun hidup susah, dia sanggup berbuat apa sahaja untuk saya. Sakit dia tidak endahkan demi melihat saya berjaya.."

Kata-katanya terhenti...

"Suatu hari, selepas saya berjaya dalam pelajaran dan beroleh pekerjaan sebagai seorang pengarah, saya mendapat khabar paling mengejutkan dalam hidup saya.."

"Apa tu tuan..?"

"Ayah saya meninggal...Saya sangat terkejut. Saya tidak menyangka kepulangan saya beberapa bulan sebelum ia meninggal merupakan pertemuan terakhir antara saya dengan ayah.."

Saya hanya diam, menanti ia meneruskan cerita..

"Beberapa hari selepas ayah meninggal, mak menyerahkan sesuatu kepada saya..Sebuah dompet lusuh..Saya sangat kenal dengan dompet tu...Dompet kepunyaan ayah..Tapi selama ini saya tidak pernah sekali pun membuka dompet tu..."

"Saya sangat sedih masa tu," tambahnya lagi..

"Bila saya buka dompet tu, saya ternampak sehelai duit Rm50 tersimpan rapi di sebalik sehelai nota kecil.."

"Ko tau tak apa tertulis pada nota kecil tu? ia mengajukan soalan kepada saya..

"Tidak tau tuan.."

"Dalam nota tu ayah meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hatinya selama ini. Ayah teringin sangat mahu bermanja dengan saya. Dia sangat rindukan saat ketika saya dengan ayah bermanja waktu saya kecil dahulu. Tapi ayah pendamkan. Dia takut saya berasa jijik dengan dirinya yang telah tua..."

Kenalan saya tu terdiam beberapa ketika..
"Duit di sebalik nota tu adalah satu-satunya duit yang saya pernah berikan kepada ayah..Duit itu sebenarnya saya berikan kepada ayah untuk membeli barang dapur yang telah habis tapi ayah tak belanjakan duit tu. Ayah simpan kerana ayah teringin sangat mahu merasa duit pemberian saya...mungkin ayah terasa hati sebab selama ini saya hanya hulurkan wang kepada mak seorang.."

Sedih sangat-sangat..Saya hanya diam, tidak tahu mahu berkata apa.

Menurut kenalan saya tu, semenjak hari itu dia sangat menyesal tidak melayan ayahnya sebaik mungkin ketika ayahnya masih hidup..

Dompet berisi nota dengan duit Rm50 masih ada pada kenalan saya tu sampai sekarang...