live with honor die with dignity

It breaks your heart to see the one you love, happy with someone else. But it is even more painful to know that the one you love is unhappy with you.Nothing is more painful than knowing she meant everything to you and you meant nothing to her.

Thursday, August 5, 2010

Student Life

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun aku tunggu, peluang nak sambung belajar akhir berkunjung menjemput aku. 26 Jun 2010 adalah tarikh di mana bermulalah satu lagi episod aku sebagai seorang pelajar. Ini bermaksud aku akan tinggalkan family, kawan-kawan, rumah. kolam dan sebagainya. sudah semestinya aku sebagai seorang lelaki akan cuba sedaya upaya tak tunjuk kesedihan aku. Aku sebenarnya sangat risau untuk tinggal family sebab takda orang lelaki selain Abah kat rumah tu. Selama seminggu orientasi dijalankan dengan seribu satu perasaan. (opss... maaf, lupa nak mention yang aku sambung belajar di UiTM Puncak Alam.. hehehe)..
3 Julai bermula sudah kuliah aku dan sememangnya aku sangat gementar kerana aku akan berdepan dengan dunia yang sangat asing bagi aku... Alhamdulillah, aku dapat sesuaikan diri (walaupun digelar Lone Ranger kerana tidak begitu bercampur).. Dalam kelas aku ada lebih kurang 40 orang student yang rata-ratanya 19-20 Yrs... Mungkin sebab itu aku agak payah untuk bercampur kerana usia yang agak berbeza. Sekarang aku semakin boleh bergaul dengan mereka. Aku masih lagi berloghat Utara kerana dalam kelas aku ada juga orang-orang Utara dan kadang-kadang aku akan berloghat KL apabila communicate dengan orang luar. hermm.... (apa lagi nak taip ehh??..).
kini, sudah sebulan lebih aku study kat sini, berlaku culture-shock kat aku. Assignment+Quizzes yang tak henti-henti membuatkan aku sangat-sangat letih... walaupun begitu, aku rasa sangat happy kerana aku dapat tambah pengalaman aku sebagai seorang manusia yang mahu menuntut ilmu. Pada masa yang sama juga, aku mahu mencipta memori indah dengan rakan-rakan seperjuangan aku... semoga Allah akan permudahkan segala urusan...
(InsyaAllah, next time sambung ok?)