live with honor die with dignity

It breaks your heart to see the one you love, happy with someone else. But it is even more painful to know that the one you love is unhappy with you.Nothing is more painful than knowing she meant everything to you and you meant nothing to her.

Wednesday, January 6, 2010


alhamdulillah...
bersyukur ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya
Trip Komodo Team ke Gunung Stong Ayam berjalan dengan selamat
walaupun permulaan perancangan trip ini menghadapi sedikit masalah dari bilangan peserta
namun berkat kesabaran, trip yang dinamakan Ekspedisi StongYam berjalan dengan baik.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang memberi info mengenai gunung yang terletak di
negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan kepada line up
Ekspedisi StongYam ini iaitu Ana (rohanashim), Juwone, Mazni, Dekna, Lan Kecik, Abang Lancen, Mat Ariep, Khubaib.
Trip ini diserikan lagi dengan bantuan guide yang Terbaik, Abang Heng. secara peribadi, inilah guide terbaik
yang pernah saya jumpa sepanjang saya berjinak-jinak dengan dunia gunung ini. Walaupun
bilangan peserta yang sedikit, tetapi trip kali ini amat meriah dengan perangai masing-masing.
saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada RohanaShim di atas
kegigihan beliau sepanjang pendakian. Walaupun fizikal beliau sudah menunjukkan keletihan
tetapi mental beliau mampu menangkis keletihan itu. Di sini juga, saya ingin
meminta maaf jika ada salah kurang sepanjang saya melaksanakan trip kali ini.


log ekspedisi StongYam Komodo Team

Hari Pertama (bertolak dari Kulim) 31 Disember2009/1 Januari 2010

tepat pukul 9 malam, peserta yang bergerak menggunakan kereta dari Kulim berkumpul
di Nasi Kandar Dinas dan mula bergerak untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas.
Kira-kira pukul 9.30 malam, kami mula bergerak melalui lebuhraya Grik dan berhenti untuk melayan
kehendak perut di tepi jalan. kami teruskan perjalan dan kira-kira 1 pagi kami tiba di Bukit Tinggi
untuk menghilangkan rasa lenguh sambil merasakan angin yang sejuk. kami terukan perjalanan dan berhenti untuk minum
seketika di Jeli. setelah selesai minum di Jeli, kami meneruskan perjalanan ke sasaran awal kami, Stesen Keretapi Dabong
untuk pick up RohanaShim yang datang dari Jerantut, Pahang dan kami sampai tepat di Stesen Keretapi Dabong
pukul 3.30 pagi. Rohanashim menghantar SMS mengatakan bahawa Train mungkin sampai lewat di Dabong dalam anggaran
7 pagi. dalam masa yang sama, kami disapa oleh penduduk tempatan yang beranggapan kami
tersesat. rupa-rupanya yang menyapa kami itu ada wakil rakyat di situ iaitu Ahli parlimen. Beliau mencadangkan kami bermalam
di tempat rekreasi Gua Ikan. Disebabkan masa yang panjang lagi, jadi kami menurut kata beliau dan kami ke Gua Ikan
untuk berehat. saya terjaga kira-kira pukul 6.30 pagi dan mengajak mazni untuk menemankan
saya mengambil Rohanashim di stesen Dabong. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit itu ditemani kabus yang tebal.
sampai di stesen keretapi Dabong, rohanashim telah menunggu dengan muka was-was.
Mungkin beliau risau kami tidak sampai di sana lagi. Setelah bertegur sapa dengan Rohanashim
kami bersarapan dahulu. Usai melayan kehendak nafsu lapar itu, kami mula bergerak ke Gua Ikan kembali kerana
rakan-rakan lain sedang bersiap-siap untuk bergerak. Jurupandu menghantar SMS supaya kami berkumpul di Stesen Keretapi Dabong
untuk memudahkan pergerakan. perjalanan ke Resort Stong sungguh indah dengan panorama gunung-ganang
yang pelbagai bentuk. Dari Jauh, Air terjun Jelawang kelihatan sungguh cantik dan sedang menunggu
Komodo Team untuk menerokainya. Sampai sahaja di Resort Stong itu, kami mula bahagikan ration mengikut kemampuan
diri. Selesai penerangan dari Jurupandu, kami mula bergerak kira-kira pukul 10.30 pagi. Disebabkan cuaca pagi yang tak hujan, Guide
memilih untuk menggunakan waterfall route. perjalanan yang mencanak didaki penuh berhati-hati. Dalam pukul 11.30 pagi
kami membuat keputusan untuk bersantai di view Lata Jelawang itu.Mengikutkan perancangan
awal kami, hari pertama kami akan shoot ke Puncak Ayam dan bermalam di sana tetapi dengan mengambil kira kemampuan
para peserta yang masih baru atau beginner ditambah pula masa yang agak terhad, jadi kami berkeputusan untuk bermalam di Baha Camp.
Setelah 1 jam ++ berehat dan mengambil gambar, kami meneruskan perjalanan dan sekali lagi berehat di pondok Juntion.
perjalanan kami kali ini ditemani dengan hujan yang renyai-renyai. pendakian diteruskan dan kami sampai di Baha Camp kira-kira
2.30 tengahari. Selesai memasang khemah dan mengisi borang di Baha Camp, kami mula menyiapkan makan petang. Menu kami petang itu
adalah kari lembu dan kobis sup ayam. Kami turut berpeluang untuk bermain-main dengan kala jengking (saya memang geli dengan spesies ini)
selesai makan petang itu, kami mengambil kesempatan untuk mandi air terjun Baha tetapi kami tak mencuba slidding waterfall disebabkan
risiko kecederaan. Petang itu juga kami mengmbil kesempatan untuk minum di Batu View
dan mengambil gambar. Nasib tak menyebelahi kami kerana kabus tebal dan cuaca mendung. walaupun begitu, kepuasan terpancar di muka masing-masing
kerana pemandangan indah yang dicipta oleh Allah. kira-kira pukul 7.30 malam,
kami sibuk menyiapkan makan malam. Menu makan malam kali ini adalah daging lembu Black Pepper yang dimasak oleh saya (cewaahhh) dan dibantu oleh
Mat Ariep. Semua makan dengan penuh selera kerana kelaparan dan mengenangkan perjalanan esok yang dianggarkan mengambil masa kira-kira 8 jam.
kami juga sempat menjalankan kegiatan casino di Baha Camp. Kegiatan ini turut disertai oleh guide kami, Abang Heng.
Permainan ini turut disertai peserta-peserta baru. Mata masing-masing telah mengantuk dan kira-kira pukul 12.30 tengah malam,
masing-masing mengambil tempat untuk merehatkan badan dan minda untuk pendakian esok hari.





Hari kedua (2 Januari 2010)

Keadaan yang sejuk menyebabkan saya terjaga dari tidur kira-kira pukul 5 pagi. Suasana pagi
yang masih kelam membuatkan saya malas bangun jadi saya cuma baring dan menunggu hari cerah. kira-kira 6.30 pagi,
chef pagi kami, Chef Lan Kecik bangun untuk menyiapkan sarapan pagi iaitu nasi goreng daging+ikan masin. Saya mengambil kesempatan untuk mengambil
gambar di Batu View bersama Mat Ariep dan Khubaib. Niat di hati ingin melihat beautiful sunrise tapi apakan daya,
nasib tak menyebelahi kami. Alahamdulillah, kami dikurniakan permandangan kabus yang cantik. Sekitar pukul 8.00 pagi, kami bersarapan dan
bersiap-siap untuk pendakian hari yang kedua. Kami diberitahu kami akan bergerak bersama sekumpulan pendaki dari kuala Lumpur.
Tapi memandangkan mereka belum bersiap untuk bergerak, saya meminta kebenaran Jurupandu Heng untuk bergerak dahulu disebabkan masa dan kemampuan kami yang ala siput ini.
setelah berbincang, Jurupandu Heng bersetuju dan kami mula bergerak menyusuri semak samun dan trekk yang agak mencanak. Sasaran kami adalah CP Sg. Rantai. kira-kira 1 jam perjalanan,
kami sampai di Sungai Rantai. Di sini, kami mengisi minuman untuk perjalanan seterusnya. kira-kira pukul 12 tengahari kami sampai di Sungai Baha dan kami diberikan masa untuk memasak.
disebabkan tidak mahu buang banyak masa di Sungai Baha, kami cuma memasak mee segera dan roti sapu sardin tuna. 10 minit ketibaan kami, kelihatan group dari kuala lumpur (1st team) sampai.
tepat pukul 1.10, kami mula meneruskan pendakian yang tak kesudahan. trekk ke gunung Baha sememangnya mencanak+terpacak+menonggek.
Sedikit sebanyak mental kami mula diserang penyakit psiko. pendakian turut diiringi hujan yang tak jemu-jemu melimpahkan
airnya. berlakulah adegan " tangkap belalang" dan "lalalalala". kepenatan kami terbayar dengan keindahan pokok-pokok bonsai
yang sungguh cantik membuatkan pendakian terasa mudah. kira-kira pukul 3.45, kami berjaya sampai ke gunung pertama iaitu Gunung Baha.
keceriaan terpancar di muka para pendaki dan mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar statik. menghabiskan masa kira-kira 30 minit di Gunung Baha,pendakian diteruskan ke sasaran yang kedua, iaitu puncak Gunung Ayam.tetapi sebelum kami sampai
ke Puncak Gunung Ayam,kami perlu ke water source yang terakhir, iaitu Spring Water.
untuk pengetahuan pembaca, di Campsite Gunung Ayam tidak mempunyai sumber air, maka, pendaki perlu membawa bekalan air minuman dan makanan ke atas. Melainkan anda sanggup
untuk menggunakan air lopak (itupun kalau bernasib baik). Campsite Gunung Ayam boleh memuatkan kira-kira 100 orang sesuatu masa. Sebelum Group Komodo Team bergerak, group dari kuala lumpur berbangsa Cina
terlebih dahulu sampai dan mereka conquer campsite itu, alhamdulillah, kami group yang kedua dapat campsite yang agak strategik walaupun saya sendri tidur dalam hujan disebabkan kedudukan tanah yang curam.
waktu kami tiba di Campsite Gunung Ayam adalah sekitar pukul 5.30 petang. cuaca yang hujan dan sejuk menyebabkan kami bergegas
memasang fly sheet. Suasana yang semakin gelap memaksa kami untuk memasak sesuatu yang cepat dan menghangatkan badan. kami memilih
untuk membuat mushroom soup. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sejuk itu. RohanaShim yang mengalami sakit kepala memilih untuk tidur
seketika. perubahan cuaca dan hujan merupakan kemungkinan faktor sakit kepala itu. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik.
Malam itu, menu kami adalah kari ayam yang diberi nama Kari Ayam di Gunung Ayam. Pendakian yang memakan masa kira-kira 8 jam itu membuatkan kami
mengambil keputusan untuk berehat sahaja malam itu. Turut diselitkan permainan seperti pemberita kepala 7 dan Soalan Tanya Soalan.
Lebih kurang pukul 12.15 tengah malam, pendaki mula tidur dan ada yang masih berjaga.




Hari Ketiga (3 Januari 2010)

hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. saya terjaga dari tidur sekitar pukul 4 pagi apabila menyedari saya telah basah terkena hujan yang turun. Sleeping
bag dan carrymate saya lencun. Ditambah pula suhu pagi itu yang sangat sejuk membuatkan saya berasa tidak selesa. Dalam masa yang sama juga, saya sedar itu
salah satu cabaran yang perlu ditempuhi dalam dunia pergunungan ini. sekitar pukul 6 pagi, Lan Kecik sudah pun bangun untuk menyiapkan sarapan pagi. kami memilih untuk makan
nasi goreng petai+baked bean. saya bersama rohanashim membantu beliau menyediakan sarapan pada pagi itu. Pagi itu kami makan dalam kuantiti yang sedikit mungkin disebabkan lletih masih menguasai diri.
lebih kurang pukul 9 pagi, kami mula bersiap-siap kemaskan barangan untuk menuju ke gunung seterusnya, Gunung Stong. Dalam berkemas, kami masih sempat beramah mesra dengan group
dari kuala lumpur dan johor. kami turut melakukan warming up dan bacaan doa bersama mereka dan tidak lupa juga bergambar bersama mereka. Pendakian ke Gunung Stong dimulakan kira-kira 9.45 pagi. Disini kami bergerak
sekali bersama group dari kuala Lumpur dengan kekuatan mereka seramai 34 orang. pergerakan menjadi perlahan dan kami memintas mereka
semasa di puncak Gunung Ayam kerana kami telah mengambil gambar di puncak Gunung Ayam semalam. Perjalanan menjadi semakin laju dan kami berhenti seketika di Water Spring untuk mengambil air dan melepaskan 'hajat'.
Di Water Spring menjadi sesak apabila group dari kuala lumpur tiba dan mereka meneruskan perjalanan sedangkan kami masih berehat. ini adalah kerana kami tidak mahu bersesak
dalam trek. Selepas 10 minit mereka bergerak, group kami pun memulakan perjalanan dan tak sampai 20 minit perjalanan, kami terserempak mereka kembali. Perjalanan menjadi perlahan. sambil kami berjalan dan bagi menghilangkan
rasa bosan dan letih, kami menyanyikan pelbagai lagu untuk meriangkan hati. perjalanan ke Gunung Stong tak begitu mencabar seperti trekk ke Gunung Ayam. dalam pukul 1.45 tengah hari, kami berjaya sampai ke Gunung Stong dengan jayanya.
Syukur kepada Allah, impian telah menjadi kenyataan untuk menawan 3 gunung ini. Kami menyambut kemenangan/kepuasan ini dengan memakan 'nata de coco' dan cucur bawang.
Nasib kami juga kurang baik kerana tidak dapat bergambar dengan tupai merah. Mungkin disebabkan hujan dan tak ada rezeki.
Azab bermula apabila trekk yang begitu menurun. Keadaaan diburukkan lagi dengan trekk yang licin akibat hujan dan kesan laluan pendaki lain. Keadaan menjadi semakin berbahaya apabila melalui kawasan berbatu.
penurunan ini amat menyeksakan. Berkat kesabaran sekitar pukul 3 petang, kami tiba di Gua Bogor. Disitu ration yang tinggal saya terpaksa berikan kepada tanker disebabkan beg saya semakin teruk dan atas nasihat orang yang lebih berpengalaman.
Dalam pada itu juga, lutut saya mula rasa sengal dan sakit. Semua itu masih dapat dilalui dengan semangat dan tenaga yang masih bersisa. perjalanan diteruskan sehingga ke Lata Balak. Disitu terdapat beberapa orang pendaki dari group Kuala Lumpur yang masih berehat.
perjalanan yamg mengambil masa 1 jam setengah dirasakan sungguh perit akibat trekk yang berlumpur. Akhirnya tepat pukul 5 petang, kami tiba di sungai Rantai. Mental kembali pulih mengenangkan perjalanan ke Baha Camp yang tidak jauh. Dengan hati yang agak lega,
kami meneruskan perjalanan ke Baha Camp. perjalanan yang mengambil kira-kira 45 minit ke Baha camp dilalui dengan tabah. lebih kurang pukul 6 petang kami selamat tiba di Baha Camp. Ada di antara pendaki yang solat+mandi+berehat. Menu untuk petang itu pula adalah
mee segera cendawan+sup campbell. Badan ketika itu mula terasa sakit dan sengal. kebanyakkan pendaki dari Kuala Lumpur telah turun awal disebabkan ramai yang mengejar keretapi pukul 9 malam.
kami mula bergerak turun setelah gelap menyelubungi waktu. Perjalanan turun ini 'diserikan' lagi dengan hujan lebat yang menganggu penglihatan. Bak kata Jurupandu Heng " alam tak penah menganggu manusia, cuma manusia menganggu alam ". Semuanya ada hikmahnya.
Air yang turun itu membawa selut-selut licin dan memudahkan kami untuk bergerak. Antara kelebihan berjalan malam yang kami tempuhi ini adalah tidak terasa jauh perjalanan kerana penglihatan yang terbatas.
Namun begitu, ada di sesetengah trek, saya cuma mengelunsur disebabkan sandal yang agak licin+beban berat badan+lutut yang mula bergoyang.Kami sampai di Resort Stong itu dalam pukul 9 malam dan bersiap untuk mandi dan bergerak ke Stesen keretapi Dabong bagi menghantar Rohanashim.
berdasarkan jadual di tiket keretapi, keretapi dijangka sampai pukul 10.22 tetapi masih tidak sampai. jadi kami menjamu selera di warung keretapi itu dengan roti canai dahulu. saya sempat lagi mengorat anak dara tuan punya warung. Memang lawa betul..!!
jadi, sesiapa yang pergi ke Stesen Keretapi Dabong, singgahlah di sebelah stesen itu. memang berbaloi-baloi. Disitu juga berlaku insiden Muka Tak Bersalah.
Keretapi sampai di Dabong kira-kira 11.30 malam. melihatkan stesen keretapi Dabong itu, menyebabkan saya sebak mengingatkan bilakah akan saya datang lagi ke sini.
perjalanan balik ke KUlim Kedah diteruskan dengan menghantar abang Heng di rumah sewa beliau di Dabong juga. Beliau sempat berpesan supaya menghubungi beliau bila ke sini lagi. InsyaAllah, ada rezeki, sampailah kami.
Kami singgah untuk makan malam di Jeli (bersebelahan Shell Jeli). kira-kira pukul 2 pagi baru kami bertolak dan singgah untuk berehat sebentar di Bukit Tinggi (Hentian Titiwangsa). Saya yang memandu kereta cuma dapat melelapkan mata untuk 15 minit sahaja disebabkan keadaan yang sejuk.
saya dikejutkan kira-kira 2.30 pagi oleh Abang Lancen. Perjalanan kali ini diteruskan ditemani Khubaib dan Kopi o panas.
Keadaan jalan yang lengang membuatkan kereta Abang Lancen memecut laju dan saya sebagai sweeper terpaksa mengikut rentak beliau. Alhamdulillah, keadaan tersebut membuatkan mata saya lebih bertenaga.
kami berhenti sekali lagi di Grik untuk menghilangkan mengantuk yang semakin menjadi-jadi. kira-kira pukul 5.30 pagi kami mula bergerak meninggalkan tanah Grik.
kami tiba di Padang Meha untu bertukar penumpang iaitu, dekna naik bersama saya, Mat Ariep dan Khubaib. kami sampai di Sungai Limau iaitu rumah Dekna dan seterusnya ke PKNK menghantar Mat Ariep. Khubaib pula dari awal
telah parking motornya di rumah saya. saya sampai dirumah kira-kira pukul 7.30 pagi. Mata terasa sangat berat dan akhirnya saya terjatuh (tidur laaaaa)...
Sekian sahaja log perjalanan Trip StongYam Komodo Team. INSYAALLAH, KAMI AKAN DATANG LAGI...............!!!SSSSS