live with honor die with dignity

It breaks your heart to see the one you love, happy with someone else. But it is even more painful to know that the one you love is unhappy with you.Nothing is more painful than knowing she meant everything to you and you meant nothing to her.

Thursday, December 30, 2010

'TIMER-BOMB'

Pendingin kereta - MESTI BACA
Car Air-conditioning - MUST READ!
汽車的空調 - 必讀!


Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini.
Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!
No wonder more folks are dying from cancer than ever before. We wonder where this stuff comes from but here is an example that explains a lot of the cancer causing incidents. Many people are in their cars first thing in the morning and the last thing at night, 7 days a week. As I read this, it makes me feel guilty and ill. Please pass this on to as many people as possible. Guess it's not too late to make some changes.
怪 不得比起從前,有越來越多鄉親死於癌症,在我們都還不清楚癌症是從哪兒來之際,有個實例顯示出許多癌症都是意外發生的。嗯,許多人早上第一件事和晚上最後 一件事都是待在汽車裡,一周7天。當我讀到這個,感到又難過又愧疚。請盡可能地把這訊息傳給大家,希望還來得及做些改變。


Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Please do NOT turn on A/C as soon as you enter the car. Open the windows after you enter your car and turn ON the AC after a couple of minutes.
進入車內不要馬上打開空調,先打開車窗通風幾分鐘,才打開空調。


Ini sebabnya:
Here's why:
以下是原因:


Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).
According to a research, the car dashboard, sofa, air freshener emit Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen - take time to observe the smell of heated plastic in your car).
根據研究,汽車的儀表板。沙發。空氣濾清器會釋放“苯”,產生毒素而致癌。(致癌物質——花一點時間去觀察你的車里的塑膠製品高溫時產生的氣味。)


Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.
In addition to causing cancer, Benzene poisons your bones, causes anemia and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer. Can also cause miscarriage.
除了致癌之外,”苯“還會侵蝕我們的骨骼,造成貧血和降低白血球數量。長期曝露其中會導致白血病,大大增加罹癌的風險,也可能導致流產。


Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.
Acceptable Benzene level indoors is 50mg per sq.ft. A car parked indoors with windows closed will contain 400-800 mg of Benzene.
苯”每平方英尺的可接受水平為50毫克。若停車在室內又窗戶緊閉,則產生400-800毫克的“苯”。


Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.
If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to HK +852 20004000 通話 mg, 40 times the acceptable level.
若停在戶外大太陽下溫度超過 60 ℉ ( 15.5 ℃ ),“苯”就上升至HK +852 20004000 通話 毫克,超出允許量的40倍!


Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
People who get into the car, keeping windows closed will inevitably inhale, in quick succession, excessive amounts of the toxin.
人們只要進入車內而又車窗緊閉,將會無法避免快速連續地吸入過量的毒素。


Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.
Benzene is a toxin that affects your kidney and liver.. What's worse, it is extremely difficult for your body to expel this toxic stuff.
“苯”是那種會影響你的腎臟和肝臟的毒素,更糟糕的是,你的身體想把這種有毒物質排擠出去是極度困難的。


Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.
So friends, please open the windows and door of your car - give time for interior to air out -dispel the deadly stuff - before you enter.
所以朋友們,進入汽車之前,請把你車子的門窗打開,給點時間讓車內的空氣--致命的東西排出。

Fikirkan:
Thought:
想想:

Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.
'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'
當有人把有價值的東西分享給你,而你又從中得到利益時,你有一份道德義務分享給其他人,不是嗎?

sumber : http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/benzene-car-time-bomb.html

Thursday, September 30, 2010

Tabligh : Sedarkah kita??

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!


source : http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/tabligh.html

Thursday, August 5, 2010

Student Life

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun aku tunggu, peluang nak sambung belajar akhir berkunjung menjemput aku. 26 Jun 2010 adalah tarikh di mana bermulalah satu lagi episod aku sebagai seorang pelajar. Ini bermaksud aku akan tinggalkan family, kawan-kawan, rumah. kolam dan sebagainya. sudah semestinya aku sebagai seorang lelaki akan cuba sedaya upaya tak tunjuk kesedihan aku. Aku sebenarnya sangat risau untuk tinggal family sebab takda orang lelaki selain Abah kat rumah tu. Selama seminggu orientasi dijalankan dengan seribu satu perasaan. (opss... maaf, lupa nak mention yang aku sambung belajar di UiTM Puncak Alam.. hehehe)..
3 Julai bermula sudah kuliah aku dan sememangnya aku sangat gementar kerana aku akan berdepan dengan dunia yang sangat asing bagi aku... Alhamdulillah, aku dapat sesuaikan diri (walaupun digelar Lone Ranger kerana tidak begitu bercampur).. Dalam kelas aku ada lebih kurang 40 orang student yang rata-ratanya 19-20 Yrs... Mungkin sebab itu aku agak payah untuk bercampur kerana usia yang agak berbeza. Sekarang aku semakin boleh bergaul dengan mereka. Aku masih lagi berloghat Utara kerana dalam kelas aku ada juga orang-orang Utara dan kadang-kadang aku akan berloghat KL apabila communicate dengan orang luar. hermm.... (apa lagi nak taip ehh??..).
kini, sudah sebulan lebih aku study kat sini, berlaku culture-shock kat aku. Assignment+Quizzes yang tak henti-henti membuatkan aku sangat-sangat letih... walaupun begitu, aku rasa sangat happy kerana aku dapat tambah pengalaman aku sebagai seorang manusia yang mahu menuntut ilmu. Pada masa yang sama juga, aku mahu mencipta memori indah dengan rakan-rakan seperjuangan aku... semoga Allah akan permudahkan segala urusan...
(InsyaAllah, next time sambung ok?)

Monday, April 12, 2010

MAA Takafulink~

New maa takafulink insuran - masa depan keluarga anda


BUKA AKAUN SIMPANAN MAA TAKAFULINK ANDA HARI INI !!



*Apabila anda membuka akaun MAA Takafulink, anda bukan sahaja akan memperolehi pulangan pelaburan, malah anda juga akan mendapat manfaat perlindungan insurans dari Takaful 24 jam seperti berikut :

(i) Elaun hospital (diperolehi apb ahli dimasukkan ke hospital atas apa-apa jua sebab kecuali melahirkan anak. - ada perlindungan lain)

RM200 semalam-PAKEJ 1 - CARUMAN RM150 SEBULAN
RM180 semalam-PAKEJ 2 - CARUMAN RM100 SEBULAN
RM50 semalam- PAKEJ 3 - CARUMAN RM50 SEBULAN

SATU-SATUNYA SKIM INSURAN DIMANA KITA BOLEH MENGELUARKAN WANG CARUMAN PADA BILA2 MASA SAHAJA DENGAN SYARAT BAKI MINIMUM MESTI ADA RM1000.00 DALAM AKAUN.

KONSEP ADALAH SAMA SEPERTI UNIT TRUST BEZANYA ANDA MENCARUM DAPAT JUGA DIVIDEN SETIAP TAHUN SERTA PERLINDUNGAN TANPA MENJEJASKAN AKAUN CARUMAN ANDA.

PERLINDUNAGN TERMASUK 36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL.- JIKA ANDA DISAHKAN MENGHIDAP ANTARA 36 PENYAKIT KRITIKAL ATAU PUN KELUMPUHAN KEKAL CARUMAN ANDA AKAN DIBAYAR OLEH MAA TAKAFUL SEHINGGA UMUR ANDA MENCECAH 80 TAHUN...BAYANGKAN JUMLAH ANDA PEROLEHI!!!

SOALANNYA : Jika anda simpan duit anda dalam akaun bank biasa, ASB atau pun Unit Trust (saham) .., adakah anda akan mendapat semua faedah yang dinyatakan diatas? Jika jawapannya ialah ‘TIDAK’, maka sistem pelaburan inilah yang terbaik untuk anda.. Renung-renungkanlah..Sediakan payung sebelum hujan, Jika hari ini anda rasa begitu berat untuk menyimpan sekurang-kurangnya RM50 sebulan (RM1.67 sehari), fikirkanlah seandainya musibah melanda, sudah tentu situasi saat itu adalah lebih berat untuk ditanggung..
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

Juan : 0174757593
email : konoha_firefox@yahoo.com

Wednesday, March 10, 2010

Debat Abu Hanifa Vs Pendakyah Yahudi

"Kisah Debat Imam Abu Hanifa dengan orang yang berniat mencerca kesucian Islam
Kisah yang sangat menarik untuk kita renungkan bersama. Semoga ia memberi manfaat.
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.
Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.
“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
Membantu guru
Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.
“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.
Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya atau di bawahkah…?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Tidak terfikir
Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”
“Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.
“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.
Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk."

Monday, February 8, 2010

isu murtad : adakah kita peduli??

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar
banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi
kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup
sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
 
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu 
seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling
kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. 
Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita
terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
 
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya
dengar dari mulut pegua mbela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah
Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada
kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan
Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan
Melayu atas alasan keluar dari Islam.
 
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk
Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya
sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 
516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah
beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
 
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini
satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan 
akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang 
kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita
sendiri.
 
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
 
1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman 
kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
 
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan
pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih 
di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
 
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke 
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri 
jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti 
Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya 
imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga 
hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang 
dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah
Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia
didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. 
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai 
tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di
lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.
Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan
(nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
 
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh 
murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa
boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal 
dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang 
dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk
permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk 
dimurtadkan.
 
Butir asal permohonan......
 
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan
untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang
permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara 
salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan
Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin
timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 
1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
 
Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh 
NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran 
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah
untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."
 
Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang 
dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya 
dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
 
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur 
(18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang 
memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut 
kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? 
Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,
undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam 
adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya
perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab 
kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
 
Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan 
yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini
termasuklah hukum syara'.
 
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
 
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan 
anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke 
Rumah dalam keadaan Hindu.
 
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di
kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke
restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu
saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa
boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam 
keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat
tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.
 
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana 
nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
 
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis 
buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan 
adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya 
yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula 
bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak
sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama
Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
 
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu
laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji 
Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi 
suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya
menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara
Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu 
saja, 4 tuduhan.
 
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah 
hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam 
mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
 
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama 
asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak 
lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk
Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!?
Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin
Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci
datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. 
Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan
perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
 
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si 
emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi 
pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil 
balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan
tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah 
Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
 
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak 
tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, 
dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang 
dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
 
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 
Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu 
saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak 
dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak 
dia masuk Islam tak sah.
 
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan
warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas.
Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak 
seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. 
Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh 
masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan 
iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.
 
2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka
balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. 
Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak
dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil
menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya
masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga
mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah
seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 
tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab 
selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
 
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya 
Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak 
mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 
Februari,pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 
Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
 
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana 
dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang
Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama 
kali.
 
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di
hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir 
akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang
pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke
jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui 
Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid 
berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah 
berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh 
buat apa.
 
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga 
putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama
Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara 
kita yang mati syahid itu.
 
Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti 
Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi 
manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas 
pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih
memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih
mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi
mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
 
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka 
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan 
hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita
sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis
agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
 
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang 
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya
seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat
bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah 
kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari 
Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi.
"Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia 
jual agamanya dengan nilai dunia".
 
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah 
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam 
gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya
keimanan.
 
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak 
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah 
ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. 
Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan 
Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap
saya).
 
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu 
ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. 
Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya 
kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah
Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
 
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah 
dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 
6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada
ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua 
pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang
dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang 
ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka 
dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam)
berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah
kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan 
budaya keatas orang Islam."
 
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan 
Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 
1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan 
Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama
lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam 
Acheh... semuanya satu demi satu.
 
Macamana benda ni boleh terjadi?
 
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . 
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau 
kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa
tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a 
datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier
(kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
 
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
 
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian 
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai
perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya 
ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi 
sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.
Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang
Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang 
Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
 
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah 
dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan
seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George
Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian 
yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". 
Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan 
meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang
tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. 
Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan 
sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian
nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di 
rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat
formalistik.
 
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan 
agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang
bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu
seluruhnya.
 
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,
dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian 
muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati..
"Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu  sendiri
tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara
kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah
pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa 
tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.
Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. 
Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain 
adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan 
tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
 
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari 
fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita 
yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab 
kita semua.
 
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen
politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri
kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan 
agama Islam sebelum terlambat.
 
kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk 
pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh
dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita 
yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita
telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu
melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan 
sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
 
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para wali Allah dapat melindungi kita
sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam 
apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah