live with honor die with dignity

It breaks your heart to see the one you love, happy with someone else. But it is even more painful to know that the one you love is unhappy with you.Nothing is more painful than knowing she meant everything to you and you meant nothing to her.

Sunday, April 10, 2011

Batu Ferringhi, Pulau Pinang































ini antara trip mengejut GGH. just tgk la gambar ya~ hehehehe~~~

Operasi Survival Medan Bandar


Selepas teman terminate FB teman, maka teman akan cuba up apa-apa pasal teman kat blog ni yer.
Wokey! Tajuk di atas nampak macam aktiviti soldadu tapi sebenarnya trip kitorang masa study week part 1 dulu. semuanya bermula dengan perbincangan kecil2 antara pengganas OHB11B di markas rahsia UiTM Puncak Alam. Teman tak ingat dah sapa pengganas2 itu tapi malam tu memang kitorang decide nak berjimba (taw ke jimba tu ape??). Setelah puas berpecah kelapa eh kepala, kitorang pilih Sunway Piramid (SP) sbg destinasi kitorang. Alasan diorang pilih SW tu sebab kata diorang teringin nak main ice-skating and shopping! aigooo!! Malam tu kitorang balik dengan angan2 masing dan harap bangun awal.
ini pulak gambar kami semasa tunggu pengganas yang bangun lewat, Pengganas Rendah Muda (PRM) Umi kat PKNS. habis satu PKNS kami melawat dan sempat jugak kami lepak sambil makan nasik lemak.
kira2 2 jam kami tunggu, maka muncullah beliau dengan serba kehijauan. sementara tunggu bas ke SW tu, kami sempat lagi main game 'cap kali cap' kat bus stand. yang bestnya tu, semua mamat+makcik+pakcik+auntie+bangla+indon pandang kerek jek kat kami. maybe jeles kot tak reti main! ekekekekeke~


notakakibulu : nanti la teman cerita lagi, ada test BEL lak nih~ aigooo~~



Penamat Facebook Aku

teman dah close teman punya FB. Sebenarnya ini tugas sukar bagi teman sebab kat situ banyak kenangan teman dengan kawan. tapi hari ini teman sangat sedih dan bertindak deactivate account FB teman. Hopefully onward, i can start my new life without anyone know who am i..

Friday, March 11, 2011

Trip MengKeras (Cameron Highlands)
















Hari Kejadian : Thaipusam 2011

Tempat Kejadian : Fasa 3 Puncak Alam + Tapah + Cameron Highlands

Bilangan Soldadu : 5 orang (Juan+Towan+Mujey+Amal+Mira)

trip yang dipanggei Keras Punggung disebabkan trip kali ni menggunakan kenderaan 2 tayar iaitu motor sahaja. Perlu diingatkan jugak bahawasanya trip ini adalah trip TERKEJUT iaitu tanpa sebarang perancangan yang rapi (kira trip sondol lah)..

UiTM : Sahabat





teman pun tak tau kenapa hari ni teman rasa nak update blog teman. Tajuk hari ni cam skema skit iaitu mengenai sahabat. (aigooo)!. OK!, sekarang teman nak perkenalkan antara teman teman-teman (aigooo, pening lagiiiii) atau sahabat kepada teman yang paling teman rapat. Sebelah kiri tu, nama beliau adalah Shah Jariah Mohamed. Teman panggei dia Sha (dalam HP teman, nama beliau adalah ShaJey), Sha nih antara kawan-kawan yang paling sporting. Kalau teman rasa nak bergaduh or nak gelak, takda orang lain kalau tak bukan si Sha nih. Kalau dengan si Sha nih, teman memang gaduh habis-habisan! no chance bak kata pak saleh~








Then, kita beralih pulak kat gardis di tengah pulak, nama beliau Ainil Siti Arfah Azman (betul ke wei nama tu??). Asal beliau Negeri Sembilan (teman tak pernah sekalipun dengar dia cakap loghat Negeri Sembilan). Antara orang yang paling banyak bantu teman sepanjang teman kat sini (UiTM).



Sebelah hujung dunia tu pulak Hayatul Aufa Ghazali. Yang ni anak jati Kuala Kedah (mak beliau buka kedai dekat Pekan Rabu). Dia ni kira otak gila-gila (sama naik dengan si Sha). Diorang ni lah mangsa sakat+gelak+bergaduh teman kat sini. Alhamdulillah, teman bersyukur sebab teman ada sahabat camni.

Wednesday, February 9, 2011

KRISIS MENTAL!

Salam 2 all.

Teman berasa sangat sedih membaca lapuran mengenai kejadian bunuh diri yang berlaku semalam. Pelbagai persoalan mula timbul mengenai gejala ini. Apakah masyarakat di Malaysia mengalami penyakit jiwa atau mental yang sangat serius, sehingga mengambil tindakan drastik membunuh diri sendiri?!

Dalam kejadian pertama semalam, seorang ibu, Tan Lee Ying mengambil tindakan nekad membunuh anak kecilnya sendiri dengan mencampakkan anak tersebut dari Tingkat 6 Pangsapuri Aman, Jalan Sk6/1, Serdang. Mayat anak kecil berumur 5 tahun itu, Man Yee (gambar sebelah) dijumpai dengan kepalanya pecah dan tangannya hampir putus kerana tersangkut ditangki air sebelum terhempas kebawah. Selepas membunuh anaknya, Lee Ying kemudiannya pergi ke Tingkat 11 dan dipercayai membunuh diri dengan terjun kebawah. Mayatnya juga dijumpai dengan kepala yang pecah dan berlumuran darah.

Menurut lapuran yang diterima dan kenyataan suami Lee Ying, isterinya itu sememangnya menghidap penyakit kemurungan sejak sebelum berkahwin lagi dan terpaksa mengambil ubat. Beberapa minit sebelum itu, Lee Ying menangis apabila suaminya dikatakan enggan membawanya menemani bersama untuk menggantikan cermin kereta yang dikatakan rosak.

Dalam kes kedua, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, Air Leleh, Melaka telah membunuh diri dengan terjun daripada Tingkat 2 bangunan sekolah tersebut. Sally Lee Qian Chun, pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut dkatakan mengalami tekanan perasaan akibat perhubungan cinta yang gagal. Keluarga Sally dikatakan langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana semasa menyambut Gong Xi Fa Cai beberapa hari Sally dikatakan berada dalam keadaan ceria. Bagaimanapun apabila dilayari facebook Sally didapati beliau sudah memberi petanda akan membunuh diri dan meninggalkan pesanan kepada kawan-kawannya supaya meletakkan patung teddybear diatas kerandanya. Apa yang menyedihkan, ada kalangan warga facebook yang memberi respon menyuruh Sally meneruskan hasrat untuk membunuh diri itu.

Teman berasa bimbang melihat trend membunuh diri ini yang semakin kerap dan meningkat. Dan ianya sudah mula menular dikalangan orang Melayu yang beragama Islam, saperti yang berlaku dalam satu kes seorang bekas wakil rakyat yang membunuh pembantu khas wanitanya dan menembak kepalanya sendiri didalam sebuah kenderaan di lebuhraya berhampiran Bukit Beruntung. Kejadian yang menggemparkan negara kerana berlaku dibulan Ramadhan disaat menjelang 'eidulfitri.

Teman melihat peningkatan gejala bunuh diri ini sebagai gambaran bahawa rakyat negara ini sedang menghadapi krisis kejiwaan dan mental yang serius. Ramai diluar sana yang sedang mengidap penyakit ini tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang mengalami penyakit jiwa dan mental ini.

Persoalannya sekarang, bagaimana kita berhadapan dengan gejala ini? Krisis ini perlu ditangani dengan cara yang profesional dan berilmiah. Ini perlu kerana jika kita gagal menanganinya dengan baik, akibat dan kesannya adalah serius. Kita sudah mendengar beberapa kes anak menikam bapa sendiri sehingga mati, suami membunuh isteri sendiri, adik beradik bunuh membunuh dan banyak lagi insiden yang jika ditangani secara baik sebenarnya boleh dielakkan.

Terbaru hari ini seorang pemuda berusia 31 tahun yang disyaki mengidap penyakit mental terpaksa ditembak sehingga mati kerana menyerang seorang anggota polis di Taman Cempaka Bahau. Polis yang menerima lapuran daripada ibu mangsa mengenai tindakan agresif pemuda tersebut telah menghantar 4 anggota untuk menenangkan beliau. Setelah 3 jam mencuba ternyata ianya gagal, dan sebaik sahaja mahu melangkah keluar daripada rumah, pemuda tersebut tiba-tiba menyerang anggota berpangkat Sarjan tersebut dengan parang menyebabkan beliau cedera parah. Cubaan anggota lain menyekat tindakan pemuda tersebut dengan menggunakan tembakan kejutan elektrik Taser juga gagal, menyebabkan mereka tiada pilihan selain menembak mati pemuda tersebut.

Teman teringat kepada satu insiden di Perlis tidak lama dahulu bilamana seorang pemuda terpaksa ditembak mati kerana bertindak aggresif terhadap otang awam dan polis walaupun sudah digari. Semua insiden ini membuatkan teman berpendapat perlu ada pendidikan dan pendedahan kepada orang awam termasuk anggota polis mengenai penyakit mental ini.

Kekurangan maklumat dan ilmu mengenai penyakit ini menyebabkan kita tidak mengambil serius mengenai penyakit ini. Menurut pakar, kebiasaannya pesakit mental yang mempunyai kemiripan untuk membunuh diri atau bertindak ganas akan memberikan beberapa isyarat dan indikasi mengenainya. Ini jelas daripada kedua-dua kes wanita diatas. Lee Ying yang memang mempunyai sejarah kemurungan memberi indikasi jelas dengan menangis hanya kerana suami tidak mengajaknya menemani pergi membaiki cermin kereta. Ini sepatutnya memberi signal kepada si suami bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dalam kes Sally pula, beliau telah pun menulisnya didalam Facebook. Sepatutnya warga Facebook lain yang menyedarinya memberikan respon positif dengan membantu atau menyalurkan maklumat kepada pihak berkaitan. Sebaliknya ada yang menggalakkan Sally supaya meneruskan hasrat membunuh diri tersebut!!

Menurut pakar, isyarat-isyarat yang diberikan oleh pesakit mental ini adalah cara mereka meminta pertolongan. Tetapi kerana kurang-faham dengan masalah penyakit ini, ramai dikalangan kita tidak mengambil sikap yang sewajarnya.

Kedua, teman berpendapat kekurangan pusat memberikan rawatan dan perkhidmatan kepada para pesakit mental ini juga merupakan faktor yang menyumbang. Contohnya dalam kes diatas, kalau orang awam mahu membantu pun mereka tidak tahu hendak merujuk kepada pihak mana? Paling tidak pun mereka akan menghubungi pihak polis, yang kekadang juga menghadapi masalah logistik dan teknikal untuk berhadapan dengan kes-kes seumpama ini. Oleh itu teman menyarankan agar Kerajaan supaya mengujudkan lebih banyak pusat-pusat perkhidmatan dan rawatan bagi menangani masalah ini.

Akhirnya, teman berpendapat bahawa masyarakat juga perlu dididik supaya tidak memandang serong dan negatif kepada para pesakit mental dan keluarga mereka. Sikap kita juga kekadang menjadi penyumbang utama penyakit ini tidak dapat ditangani secara efentif dan berkesan. Cuba bayang kalau sebut Tampoi atau Tg. Rambutan sahaja, kebanyakan kita akan tersengeh mengenang tempat orang gila. Stigma gila ini terlalu negatif dikalangan masyarakat kita. Apabila ada ahli keluarga mana-mana pihak mengidap penyakit ini, kebiasaannya mereka akan dipandang serong dan dilayan secara negatif. Akhirnya tinggallah keluarga malang itu terpaksa berhadapan dengan masalah itu sendirian.

Teman berpendapat, pihak Kerajaan dengan kerjasama pakar-pakar yang berkaitan perlu mengadakan perbincangan segera untuk menangani gejala penyakit jiwa dan mental ini untuk mencari jalan penyelesaian dan cara menanganinya dengan cara yang berkesan dan efektif. Semoga insiden bunuh diri dan dibunuh kerana punca penyakit mental dan jiwa ini dapat diatasi dengan segera.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
06 Rabi'ul Awal 1432
09 Februari 2011

Gambar kanan: Sally dan Chan Fook Hwa (suami Lee Ying) yang meratapi kematian anak dan isterinya dalam kejadian menyayat hati ini.

Gambar kiri: mayat Lee Ying yang pecah kepala dan berlumuran darah ditemui mati dibawah pangsapuri setelah terjun daripada Tingkat 11.

Thursday, December 30, 2010

'TIMER-BOMB'

Pendingin kereta - MESTI BACA
Car Air-conditioning - MUST READ!
汽車的空調 - 必讀!


Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini.
Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!
No wonder more folks are dying from cancer than ever before. We wonder where this stuff comes from but here is an example that explains a lot of the cancer causing incidents. Many people are in their cars first thing in the morning and the last thing at night, 7 days a week. As I read this, it makes me feel guilty and ill. Please pass this on to as many people as possible. Guess it's not too late to make some changes.
怪 不得比起從前,有越來越多鄉親死於癌症,在我們都還不清楚癌症是從哪兒來之際,有個實例顯示出許多癌症都是意外發生的。嗯,許多人早上第一件事和晚上最後 一件事都是待在汽車裡,一周7天。當我讀到這個,感到又難過又愧疚。請盡可能地把這訊息傳給大家,希望還來得及做些改變。


Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Please do NOT turn on A/C as soon as you enter the car. Open the windows after you enter your car and turn ON the AC after a couple of minutes.
進入車內不要馬上打開空調,先打開車窗通風幾分鐘,才打開空調。


Ini sebabnya:
Here's why:
以下是原因:


Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).
According to a research, the car dashboard, sofa, air freshener emit Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen - take time to observe the smell of heated plastic in your car).
根據研究,汽車的儀表板。沙發。空氣濾清器會釋放“苯”,產生毒素而致癌。(致癌物質——花一點時間去觀察你的車里的塑膠製品高溫時產生的氣味。)


Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.
In addition to causing cancer, Benzene poisons your bones, causes anemia and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer. Can also cause miscarriage.
除了致癌之外,”苯“還會侵蝕我們的骨骼,造成貧血和降低白血球數量。長期曝露其中會導致白血病,大大增加罹癌的風險,也可能導致流產。


Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.
Acceptable Benzene level indoors is 50mg per sq.ft. A car parked indoors with windows closed will contain 400-800 mg of Benzene.
苯”每平方英尺的可接受水平為50毫克。若停車在室內又窗戶緊閉,則產生400-800毫克的“苯”。


Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.
If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to HK +852 20004000 通話 mg, 40 times the acceptable level.
若停在戶外大太陽下溫度超過 60 ℉ ( 15.5 ℃ ),“苯”就上升至HK +852 20004000 通話 毫克,超出允許量的40倍!


Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
People who get into the car, keeping windows closed will inevitably inhale, in quick succession, excessive amounts of the toxin.
人們只要進入車內而又車窗緊閉,將會無法避免快速連續地吸入過量的毒素。


Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.
Benzene is a toxin that affects your kidney and liver.. What's worse, it is extremely difficult for your body to expel this toxic stuff.
“苯”是那種會影響你的腎臟和肝臟的毒素,更糟糕的是,你的身體想把這種有毒物質排擠出去是極度困難的。


Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.
So friends, please open the windows and door of your car - give time for interior to air out -dispel the deadly stuff - before you enter.
所以朋友們,進入汽車之前,請把你車子的門窗打開,給點時間讓車內的空氣--致命的東西排出。

Fikirkan:
Thought:
想想:

Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.
'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'
當有人把有價值的東西分享給你,而你又從中得到利益時,你有一份道德義務分享給其他人,不是嗎?

sumber : http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/benzene-car-time-bomb.html